-Habib Umar Al-Jufri
Adab- Adab Menuntut Ilmu
Daripada Hujjatul Islam al-Imam Ghazali dalam karya agongnya "Ihya Ulum al-Din",
- Elakkan diri daripada elemen-elemen yang boleh memudharatkan akhlak yang terpuji kerana ilmu adalah cahaya dan mudah mendekati orang yang baik budinya.
- Jangan terikat dengan hal ehwal keduniaan secara berlebihan, kerana ia membuka ruang untuk melalaikan fikiran daripada menfokuskan perhatian sepenuhnya terhadap ilmu pelajaran.
- Para pelajar tidak boleh sombong atau takbur terhadap guru.
- Pelajar yang tekun dalam menuntut ilmu pada tahap awalnya perlu mengelakkan diri daripada mendengar perselisihan dan perbezaan pendapat dalam kalangan manusia sama ada melibatkan ilmu keduniaan atau ilmu akhirat. Ia bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan pemikiran dan pemahaman terhadap displin ilmu yang baru dipelajari.
- Seseorang pelajar tidak boleh meninggalkan sesuatu displin ilmu melainkan ia dipertimbangkan dengan sebaik mungkin. Sesuatu ilmu yang dipelajarinya perlulah dikuasainya dengan baik sebelum mengambil keputusan mempelajari displin ilmu yang lain.
- Para pelajar tidak memaksa dirinya untuk menguasai semua bidang ilmu secara sekaligus. Kuasailah ilmu mengikut tahap dan tingkatan ilmu berdasarkan kemampuan dan keupayaan yang ada dalam diri seseorang.
- Pelajar tidak boleh mencampuradukkan sesuatu cabang ilmu sebelum menguasai dan memahami cabang ilmu yang sebelumnya.
- Seseorang perlu mengetahui hakikat dan objektif serta falsafah sesuatu displin ilmu yang dipelajari.
- Para pelajar perlu ikhlas dalam menuntut ilmu.
- Setiap pelajar perlu mengetahui perkaitan ilmu yang dipelajari bertujuan supaya mengutamakan keperluan ilmu yang perlu didahulukan daripada ilmu yang berbentuk sampingan.
No comments:
Post a Comment